Jumaat, 14 Disember 2007

KTS 06

Garis Panduan -KTS 06
BERPAKAIAN & PENAMPILAN

KTS 06.1
Penampilan , tingkahlaku dan Pakaian bagi staf dan pelajar mestilah mencerminkan akhlak yang tinggi dan mulia berasaskan syariat Islam serta bebas dari unsur unsur agama lain atau menghina Islam

KTS 06.2
Pelajar/staf dilarang memakai pakaian sukan yang ketat dan nipis manakala bagi pelajar perempuan pula diwajibkan memakai t-shirt yang labuh hingga paras lutut ,seluar trek yang sesuai serta memakai setokin apabila bersukan

KTS 06.3
Pakaian seragam bagi pelajar dalam aktiviti unit beruniform mahupun seni beladiri perlu menepati konsep menutup aurat yang sempurna sepertimana di atas dan perlu diperakui MTS

KTS 06.4
Pemakaian seluar bergetah yang ketat untuk menutup paha dan lutut bagi pelajar lelaki /staf ketika memakai seluar pendek mesti menepati konsep menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh. Seluar pendek yang digunakan juga perlu lebih besar dan labuh sehingga ke bahagian lutut.
Penggunaannya perlu mendapat perakuan daripada MTS

KTS 06.5
Semua tetamu /ibubapa /pihak luar/bekas pelajar (termasuk bukan Islam ) mestilah mematuhi etika /garis panduan yang terkandung dalam KTS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
ulasan.

KTS 06.2

1
Peraturan displin yang ketat sehingga kan baju putih yang bercorak dipakai oleh kaum adam akan dirampas dan maka susuk tubuh yang ada kalanya melebihi pusat ternampak dan aurat terdedah.
ada kalanya pelajar tidak cukup baju putih (kosong) untuk kegunaan sekolah.

2
pemakaian jaket pengawas kapada kaum hawa yang ketat menampakkan bentuk tubuh harus dimansuhkan.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Wa..tahniah ustaz..
tak sangke dah ade blog utk KTS SAMER ni..moge KTS ni berjaye n membentuk peribadi unggul..