Selasa, 18 Disember 2007

IDENTITI

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER [2006-2020]
……IDENTITI & JATIDIRI SEK.AGAMA MEN.RAWANG

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER adalah suatu dokumen yang memacu halatuju SAM Rawang ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Kami sangat yakin ,dengan keizinan dan kuasa Allah , sistem pendidikan berteraskan Tarbiyah adalah formula unggul yang pasti menyerlahkan kecemerlangan dan kehebatan warga sekolah khususnya para guru dan pelajar.

Setiap pentadbir ,pendidik dan pelajar mampu melaksanakan serta menghayati peranan Tarbiyah dalam menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek jasmani ,fizikal ,rohani ,emosi dan sosial.

Sistem pentarbiyahan sistematik mampu membangunkan dan mengembangkan potensi warga SAMER sehingga melahirkan modal insan yang menjadikan dunia sebagai jambatan untuk hari akhirat.

Keutamaan Tarbiyah dalam sistem pendidikan, secara mudahnya dapat digambarkan seperti berikut, pertama, umpama ‘operating system’ di dalam komputer, kedua ,umpama enjin yang menggerakkan kereta ,ketiga ,umpama neuron di dalam tubuh manusia dan keempat, umpama tiang konkrit yang menjadi asas kukuh sebuah bangunan.

Kesimpulannya ,Samer dan warganya mampu menjadi yang terbaik di dalam Daerah Gombak , Selangor, Malaysia dan terbaik di dunia kerana mempunyai identiti dan jatidiri yang jelas serta jitu iaitu……. Tarbiyah-Teras Kecemerlangan & Kehebatan .

BIDANG TUGAS

BIDANG TUGAS
AHLI PANEL MAJLIS TARBIYAH SAMER



1
Mengadakan Persidangan Bulanan


2
Penerangan, Taklimat , Dialog, Bengkel


3
Membuat Pemantauan Berterusan


- Mengumpul maklumat mengenai pematuhan atau perlanggaran terhadap Kod Tarbiyah Samer serta penyelesaiannya.
-Membincangkan tahap kefahaman warga Samer terhadap Pelan Induk Tarbiyah Samer serta penyelesaiannya
-Membuat penambahbaikan terhadap Pelan Induk Tarbiyah Samer serta menilai keberkesanan pelaksanaan Kod Tarbiyah Samer
- Menganjurkan sesi penerangan /taklimat /dialog /bengkel mengenai Pelan Induk Tarbiyah Samer kepada semua guru ,staf ,BKP,MKP,PRS dan semua pelajar

Borang MTS ‘A’
-mengumpul laporan /aduan terhadap perlanggaran Kod Tarbiyah Samer

Borang MTS ‘B’
--mengumpul maklumbalas dan cadangan penambahbaikan terhadap Kod Tarbiyah Samer

Borang
MTS ‘C’ 
-Suatu notis yang menyatakan perlanggaran terhadap KTS

Jumaat, 14 Disember 2007

KTS 06

Garis Panduan -KTS 06
BERPAKAIAN & PENAMPILAN

KTS 06.1
Penampilan , tingkahlaku dan Pakaian bagi staf dan pelajar mestilah mencerminkan akhlak yang tinggi dan mulia berasaskan syariat Islam serta bebas dari unsur unsur agama lain atau menghina Islam

KTS 06.2
Pelajar/staf dilarang memakai pakaian sukan yang ketat dan nipis manakala bagi pelajar perempuan pula diwajibkan memakai t-shirt yang labuh hingga paras lutut ,seluar trek yang sesuai serta memakai setokin apabila bersukan

KTS 06.3
Pakaian seragam bagi pelajar dalam aktiviti unit beruniform mahupun seni beladiri perlu menepati konsep menutup aurat yang sempurna sepertimana di atas dan perlu diperakui MTS

KTS 06.4
Pemakaian seluar bergetah yang ketat untuk menutup paha dan lutut bagi pelajar lelaki /staf ketika memakai seluar pendek mesti menepati konsep menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh. Seluar pendek yang digunakan juga perlu lebih besar dan labuh sehingga ke bahagian lutut.
Penggunaannya perlu mendapat perakuan daripada MTS

KTS 06.5
Semua tetamu /ibubapa /pihak luar/bekas pelajar (termasuk bukan Islam ) mestilah mematuhi etika /garis panduan yang terkandung dalam KTS

KTS 05

Garis Panduan -KTS 05
PERGAULAN & INTERAKSI

KTS 05.1
Para pelajar dilarang mengadakan sebarang perjumpaan ,latihan atau jamuan bersama antara lelaki dan perempuan tanpa kehadiran dan pengawasan guru yang berkenaan

KTS 05.2
Para pelajar dilarang mengadakan perjumpaan atau mesyuarat antara lelaki dan perempuan di mana mana bilik atau tempat terbuka tanpa kehadiran guru yang berkenaan

KTS 05.3
Para pelajar perempuan dilarang mengadakan persembahan pentas atau demonstrasi seni beladiri di hadapan pelajar lelaki atau guru lelaki kecuali setelah mendapat kebenaran dan nasihat daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 05.4
Guru dan AJK program khusus/Kem Kepimpinan /Perkhemahan/ aktiviti kurikulum /kokurikulum, perlu mengawal dengan sewajarnya percampuran dan pergaulan antara lelaki dan perempuan DAN mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti Kumpulan (LDK/BDK)

KTS 05.5
Interaksi antara guru dan pelajar ATAU guru sesama guru ATAU staf dengan guru/ pelajar yang bukan mahram perlulah dilaksanakan berdasarkan syariat

KTS 04

Garis Panduan -KTS 04
AKTIVITI /TUGASAN KHAS ARAHAN GURU

KTS 04.1
Sebarang tugas tugas persiapan program /yang diarahkan oleh guru yang melibatkan persiapan di dalam dewan atau di luar dewan di mana melibatkan pelajar lelaki dan perempuan ,kehadiran guru adalah suatu kemestian dengan tujuan mengawal keadaan dan pergaulan bebas serta memelihara dan menepati waktu solat fardhu berjemaah di surau

KTS 04.2
Guru yang mengendalikan gerai pada majlis anjuran sekolah perlu membuat ketetapan bahawa hanya lelaki / hanya perempuan sahaja yang boleh menjalankan operasi perniagaan. Operasi perlu ditutup sementara supaya pengendali gerai boleh mendirikan solat fardhu tepat pada waktunya

KTS 04.3
Guru dan pelajar yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas tugas penerbitan majalah /risalah /buletin di mana mana lokasi /bilik bilik khas perlu memastikan agar tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam proses menyiapkan tugasan serta memelihara dan melaksanakan solat fardu berjemaah tepat pada waktunya.

KTS 04.4
Sebarang mesyuarat /perjumpaan mingguan / tergempar sama ada melibatkan pelajar atau guru perlu dilaksanakan selepas mendirikan solat fardhu pada waktunya.

KTS 03

Garis Panduan -KTS 03
AKTIVITI KOKURIKULUM & RIADAH

KTS 03.1
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan mestilah mengutamakan pematuhan kepada waktu dan amalan solat fardhu berjemaah di surau khususnya solat Zohor dan Asar.

KTS 03.2
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan mestilah tidak mengganggu program tarbiyah asrama atau sekolah dan jika berlaku pertembungan waktu maka program tarbiyah perlu diberi keutamaan

KTS 03.3
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan selepas solat asar hendaklah ditamatkan sebelum pukul 6.15 petang bagi membolehkan persiapan untuk solat fardhu maghrib .Sekiranya program kokurikulum dan riadah memakan masa yang lama ,ia perlu diadakan pada waktu pagi hari cuti hujung minggu atau waktu malam selepas solat Isya’

KTS 03.4
Jurulatih /pihak luar yang terlibat mengurus dan melatih unit beruniform /persatuan /kelab /sukan perlu mematuhi etika atau garis panduan sepertimana yang termaktub dalam KTS

KTS 02

Garis Panduan -KTS 02
PROGRAM KHUSUS & AKTIVITI KURIKULUM

KTS 02.1
Setiap program khusus & aktiviti kurikulum (akademik) termasuklah kelas tuisyen yang akan diadakan perlu diselia dan mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 02.2
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum yang ingin dilaksanakan perlu memastikan bahawa persembahan dan pengendalian majlis adalah menepati kehendak syariat

KTS 02.3
Setiap majlis atau program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan mestilah bebas daripada unsur unsur yang merosakkan aqidah atau menghina Islam

KTS 02.4
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan perlu memastikan bahawa solat fardhu berjemaah diutamakan

KTS 02.5
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum perlu memasukkan agenda solat fardhu berjemaah di surau ke dalam tentatif program

KTS 02.6
Sebarang program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan pihak ALUMNI mahupun pihak luar adalah terikat dengan semua etika /garis panduan yang termaktub dalam KTS

KTS 01

Garis Panduan -KTS 01
DASAR TARBIYAH SAMER

KTS 01.1
Pelan Induk Tarbiyah Samer, Majlis Tarbiyah Samer dan Kod Tarbiyah Samer adalah sumber rujukan utama dalam melaksanakan misi dan visi Samer

KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara langsung dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah Samer

KTS 01.3
BADAR (Badan Dakwah & Tarbiyah ) Samer adalah diiktiraf selaku peneraju utama program program tarbiyah untuk staf dan para pelajar .

KTS 01.4
Surau sekolah mestilah dipertingkatkan peranannya sebagai pusat utama kecemerlangan Samer

KTS 01.5
Solat Zohor berjemaah di surau sekolah dijadikan sebagai program utama staf dan pelajar semasa hari persekolahan . Bagi warga kuarters ,solat berjemaah maghrib dan isya’ adalah program rutin.

KTS 01.6
Mewujudkan dan memperbanyakkan program tarbiyah harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk para staf dan pelajar

KTS

KOD TARBIYAH SAMER

KOD 1 – KTS O1
Dasar Tarbiyah Samer


KOD 2 – KTS O2
Etika /Garis panduan pelaksanaan program khusus & aktiviti kurikulum (akademik)


KOD 3 – KTS O3
Etika / Garis panduan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan riadah


KOD 4 – KTS O4
Etika /Garis panduan pelaksanaan aktiviti dan tugas tugas khas / arahan guru


KOD 5 – KTS O5
Etika/Garis panduan mengenai pergaulan dan interaksi


KOD 6 – KTS 06
Etika /garis panduan berpakaian dan penampilan

KOD 7 - KTS 07
Pengukuhan Identiti dan Jatidiri

MTS

MAJLIS TARBIYAH SAMER –MTS


Majlis Tarbiyah Samer (MTS) adalah suatu Jawatankuasa Penyelarasan yang akan diwujudkan bagi memantau serta melaksanakan matlamat dan objektif Pelan Induk Tarbiyah Samer .


AHLI PANEL MTS

Pengetua
GPK Akademik
GPK HEP
Semua Guru Badar
Warden Tarbiyah Asrama
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Ketua Panitia SMA
Ketua Panitia B.Arab
Ketua Guru Disiplin
Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras Kaunseling

CARTA ALIRAN KERJA MTS

Merangka Pelan Induk Tarbiyah Samer (Mulai Ogos 2006)


Mengadakan Persidangan Mingguan /Bulanan /Tahunan
Ahli Panel MTS (Mulai November 2006)


Membuat Pemurnian Terhadap Matlamat dan Objektif
Pelan Induk Tarbiyah Samer (Mulai November 2006)


Mengadakan Taklimat ,Penerangan dan Dialog Kepada
Sasaran Berkenaan Pelan Induk Tarbiyah Samer (Mulai Januari 2007)


Menguatkuasakan serta Membuat Penilaian Berterusan
Mengenai Keberkesanan Pelaksanaan (Mulai Januari 2007)

MATLAMAT

MATLAMAT
PELAN INDUK TARBIYAH SAMER

· Sebagai satu usaha yang berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan muslim sejati yang mampu menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.

· Berperanan sebagai sumber rujukan bagi penggubalan dan pelaksanaan Misi dan Visi Sekolah Agama Menengah Rawang

· Menekankan metodologi pencegahan serta tidak akan mengubah atau mengenepikan peraturan lain yang sedang digunapakai di sekolah dan asrama


OBJEKTIF
PELAN INDUK TARBIYAH SAMER

· Membentuk bi’ah Islamiyah yang diredhai Allah dalam persekitaran Samer.

· Dalam rangka kesinambungan melaksanakan cita cita dan harapan penubuhan SAM JAIS iaitu melahirkan muslim beriman ,beramal dan muttaqi.

· Merangka etika /garis panduan (Kod Tarbiyah Samer) yang jelas dan menyeluruh .

TAKRIF




TARBIYAH

Tarbiyah merupakan suatu usaha untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah dengan menyokong kalimat kalimat perintahNya beragendakan panduan al amr bil ma’ruf dan an nahi anil mungkar. Tarbiyah perlu jelas berkenaan asas dan dasarnya yang akan mempengaruhi tatacara pelaksanaan atau modus operandinya.

Kesannya, amar maaruf nahi mungkar akan berjalan dengan lancar, teratur,tersusun,mengikut perancangan,berfasa,beragenda,dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan yang berpusat.

Kaedah tarbiyah ialah kaedah Islam yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah .Mekanisme modennya pula mestilah dinamik dan anjal yang praktikal.

Allah Taala berfirman maksudnya :

‘Dan katakanlah (wahai Muhammad ) Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan ),maka Allah dan RasulNya serta orang orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan ; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah ) Yang Mengetahui perkara perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan’.

At Taubah : 105

Satu aspek penting dalam format tarbiyah ialah muhasabah. Dalam bahasa semasa ia disebut sebagai kajian separuh penggal atau review. Kerja kerja sebegini boleh dilakukan apabila ada satu perancangan menyebut sasaran yang jelas dan dapat diukur dan ,maka ini bermaksud perancangan tarbiyah juga mesti mempunyai strategi dan fasa fasa pencapaian yang boleh dijangkakan.

Tarbiyah bermatlamat melahirkan individu, masyarakat dan kepimpinan yang akan mempunyai sifat sifat mulia iaitu

1. Bertaqwa kepada Allah
2. Beriltizam kepada jamaah
3. Berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin
4. Memiliki aqidah yang sahih
5. Ibadah yang sempurna
6. Memahami syariat Islam dan sirah Rasulullah serta sahabat baginda
7. Muamalahnya mesti betul
8. Menghayati Islam sepenuhnya

Sabtu, 8 Disember 2007

MOTIVASI


MOTIVASI TARBIYAH SAMER


SAMER
BERTAQWA
______________________________

KETAQWAAN
MENJANA
KEHEBATAN

T

Taqwa


A
Amar Maaruf
Nahi Mungkar

Q

Qur’an

W
Wawasan

A
Amalkan Ilmu

IKRAR


IKRAR TARBIYAH SAMER

DENGAN NAMA ALLAH ,
KAMI BERIKRAR ,AKAN MEREALISASIKAN
MISI DAN VISI SAMER ,BERTERASKAN KEPADA
AL QURAN DAN AS SUNNAH ,
BERDASARKAN PRINSIP PRINSIP BERIKUT,


PERTAMA

MENGANGKAT MARTABAT TARBIYAH ,
SEBAGAI TERAS KECEMERLANGAN DAN KEHEBATAN

KEDUA

MELETAKKAN KEBERKESANAN TARBIYAH ,
SEBAGAI KAYU UKUR KEJAYAAN

KETIGA

MENJADIKAN PELAN INDUK TARBIYAH SAMER ,SEBAGAI GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN

MISI


MISI TARBIYAH SAMER  

Misi I

Menjadikan Samer sebagai Pusat Kegiatan Dakwah & Tarbiyah dalam daerah Gombak dan Negeri Selangor


Misi II

Menjadikan Samer sebagai Pusat Sumber Dakwah & Tarbiyah dalam daerah Gombak & Negeri Selangor


Misi III

Menjadikan Samer sebagai Pusat Inovasi dan Kreativiti Dakwah & Tarbiyah dalam Daerah Gombak dan Negeri Selangor