Jumaat, 14 Disember 2007

TAKRIF




TARBIYAH

Tarbiyah merupakan suatu usaha untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah dengan menyokong kalimat kalimat perintahNya beragendakan panduan al amr bil ma’ruf dan an nahi anil mungkar. Tarbiyah perlu jelas berkenaan asas dan dasarnya yang akan mempengaruhi tatacara pelaksanaan atau modus operandinya.

Kesannya, amar maaruf nahi mungkar akan berjalan dengan lancar, teratur,tersusun,mengikut perancangan,berfasa,beragenda,dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan yang berpusat.

Kaedah tarbiyah ialah kaedah Islam yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah .Mekanisme modennya pula mestilah dinamik dan anjal yang praktikal.

Allah Taala berfirman maksudnya :

‘Dan katakanlah (wahai Muhammad ) Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan ),maka Allah dan RasulNya serta orang orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan ; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah ) Yang Mengetahui perkara perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan’.

At Taubah : 105

Satu aspek penting dalam format tarbiyah ialah muhasabah. Dalam bahasa semasa ia disebut sebagai kajian separuh penggal atau review. Kerja kerja sebegini boleh dilakukan apabila ada satu perancangan menyebut sasaran yang jelas dan dapat diukur dan ,maka ini bermaksud perancangan tarbiyah juga mesti mempunyai strategi dan fasa fasa pencapaian yang boleh dijangkakan.

Tarbiyah bermatlamat melahirkan individu, masyarakat dan kepimpinan yang akan mempunyai sifat sifat mulia iaitu

1. Bertaqwa kepada Allah
2. Beriltizam kepada jamaah
3. Berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin
4. Memiliki aqidah yang sahih
5. Ibadah yang sempurna
6. Memahami syariat Islam dan sirah Rasulullah serta sahabat baginda
7. Muamalahnya mesti betul
8. Menghayati Islam sepenuhnya

Tiada ulasan: