Selasa, 18 Disember 2007

IDENTITI

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER [2006-2020]
……IDENTITI & JATIDIRI SEK.AGAMA MEN.RAWANG

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER adalah suatu dokumen yang memacu halatuju SAM Rawang ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Kami sangat yakin ,dengan keizinan dan kuasa Allah , sistem pendidikan berteraskan Tarbiyah adalah formula unggul yang pasti menyerlahkan kecemerlangan dan kehebatan warga sekolah khususnya para guru dan pelajar.

Setiap pentadbir ,pendidik dan pelajar mampu melaksanakan serta menghayati peranan Tarbiyah dalam menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek jasmani ,fizikal ,rohani ,emosi dan sosial.

Sistem pentarbiyahan sistematik mampu membangunkan dan mengembangkan potensi warga SAMER sehingga melahirkan modal insan yang menjadikan dunia sebagai jambatan untuk hari akhirat.

Keutamaan Tarbiyah dalam sistem pendidikan, secara mudahnya dapat digambarkan seperti berikut, pertama, umpama ‘operating system’ di dalam komputer, kedua ,umpama enjin yang menggerakkan kereta ,ketiga ,umpama neuron di dalam tubuh manusia dan keempat, umpama tiang konkrit yang menjadi asas kukuh sebuah bangunan.

Kesimpulannya ,Samer dan warganya mampu menjadi yang terbaik di dalam Daerah Gombak , Selangor, Malaysia dan terbaik di dunia kerana mempunyai identiti dan jatidiri yang jelas serta jitu iaitu……. Tarbiyah-Teras Kecemerlangan & Kehebatan .

Tiada ulasan: