Isnin, 24 Disember 2018

PANDUAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH SAMER

Sekolah Agama Menengah Rawang



  

 FORMULA KEMENJADIAN MURID 
DUNIA & AKHIRAT
Menanam TAQWA  
Membentuk AKHLAK   
Mencungkil BAKAT   
Menggilap POTENSI  
Membina KEMAHIRAN INSANIAH


KEUTAMAAN TARBIYYAH DI SAMER ADALAH SELARI SERTA BERTEPATAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK).

"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggung-jawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah"

Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam (FPI) lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan. Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan "Kamil" iaitu sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
1. Mempunyai keimanan yang teguh.
2. Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya.
3. Mempunyai akhlak yang luhur.
4. Mempunyai sikap sosial yang baik.
5. Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi.
6. Mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya.
7. Bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.

Ia tidak jauh berbeza, jika dibanding dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Jelas bahawa FPI menyokong dan memperkukuhkan FPK kerana hasrat FPK adalah untuk melahirkan insan yang holistik, diberikan nilai tambah oleh FPI melalui pendekatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. FPI, yang berasaskan Islam, menolak sebarang usaha membentuk golongan pelampau dan perkauman.




ETOS SAMER - TARBIYYAH

Maksud Etos Tarbiyyah

-Perwatakan SAMER iaitu ,identiti , acuan dan imej berasaskan tarbiyyah.
-Penampilan SAMER dari sudut tarbiyyah dan kewujudan iklim tarbiyyah di sekolah.
-Kewibawaan, keunggulan, kredibiliti, personaliti SAMER berasaskan tarbiyyah.

Unsur Etos Tarbiyyah

-Mengembangkan potensi warga SAMER dengan menjadikan tarbiyyah sebagai teras.
-Menggerakkan budaya cemerlang berteraskan tarbiyyah.

-Membangunkan sistem pendidikan berteraskan tarbiyyah.


Ciri ciri warga sekolah yang mempunyai Etos Tarbiyyah

-Ketaatsetiaan warga SAMER terhadap pemimpin sekolah .
-Komitmen tinggi terhadap visi, misi dan objektif.
-Semangat berpasukan warga SAMER – cara bekerja untuk capai matlamat organisasi.
-Profesionalisme dalam tugasan pengajaran dan pemudahcaraan.
-Semangat serta bertanggungjawab untuk memikul tugasan.





DEFINISI TARBIYYAH SAMER


TARBIYAH merupakan suatu usaha untuk menyeru warga Samer   MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN dengan menyokong kalimat kalimat perintahNya  beragendakan panduan al amr bil ma’ruf dan an nahi anil mungkar. Tarbiyah perlu jelas berkenaan asas dan dasarnya yang akan          mempengaruhi tatacara pelaksanaan atau modus operandinya.

KESANNYA, amar maaruf nahi mungkar di Samer akan berjalan dengan lancar, teratur,tersusun,mengikut perancangan , berfasa ,beragenda, dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan yang berpusat.

KAEDAH TARBIYAH di Samer ialah kaedah Islam yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah .Mekanisme tarbiyyah di Samer pula mestilah dinamik dan anjal yang praktikal.

Allah Taala berfirman maksudnya :
‘Dan katakanlah (wahai Muhammad ) Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan ),maka Allah dan RasulNya serta orang orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan  ; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah ) Yang Mengetahui perkara perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan’.
                                                                                                                     (At Taubah : 105)

SATU ASPEK PENTING dalam format tarbiyah di Samer ialah muhasabah. Dalam bahasa semasa ia disebut sebagai penilaian, refleksi ,post mortem, kajian separuh penggal atau review. Kerja kerja sebegini boleh dilakukan apabila ada satu perancangan menyebut sasaran yang jelas dan dapat diukur dan ,maka ini bermaksud perancangan tarbiyah di Samer juga mesti mempunyai strategi dan fasa fasa pencapaian yang boleh dijangkakan.

TARBIYAH DI SAMER bermatlamat melahirkan para pelajar, guru-guru, pentadbir dan warga kerja yang akan mempunyai sifat sifat mulia iaitu, bertaqwa kepada Allah, beriltizam kepada jamaah , berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin, memiliki aqidah yang sahih ,ibadah yang sempurna, memahami syariat islam dan sirah rasulullah serta sahabat baginda ,muamalahnya mesti betul serta menghayati islam sepenuhnya .




VISI, MISI ,OBJEKTIF


VISI TARBIYYAH SAMER


Memartabatkan Samer sebagai SAM / SABK Berteraskan Tarbiyyah yang terunggul di Selangor dan Malaysia.



MISI TARBIYYAH SAMER


Suatu usaha Tarbiyyah yang sistematik, terancang dan berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah diamalkan dalam kehidupan warga SAMER bagi melahirkan muslim sejati yang mampu menegakkan syariat Allah.



 

OBJEKTIF TARBIYYAH SAMER


1. Membentuk bi’ah Islamiyah yang kondusif dan diredhai Allah dalam persekitaran Samer bagi merealisasikan kemenjadian murid dunia dan akhirat. 

2. Meneruskan kesinambungan melaksanakan cita cita dan harapan penubuhan SAM JAIS iaitu melahirkan muslim beriman ,beramal dan muttaqi.

3. Menjadikan dokumen Panduan Kepimpinan dan Pengurusan Tarbiyyah  (PKPT) sebagai rujukan pelaksanaan tarbiyyah yang jelas serta menyeluruh di SAMER .









KPI TARBIYYAH SAMER 

Tarbiyyah Merupakan Teras Kecemerlangan Dan Kehebatan Sekolah Agama Menengah Rawang.. Maka bagi memastikan ia terus menjadi ETOS dan kebitaraan SAMER, 6 komponen KPI TARBIYYAH berikut telah diwujud, dilaksana, dinilai dan terus diperkasakan....

1. DASAR TARBIYYAH 
- Falsafah
- Definisi dan Konsep
- Visi, Misi, Objektif

2. MAJLIS TARBIYYAH 
- Badan Dakwah & Tarbiyyah ( Badar )
- Biro Tarbiyyah dan Musolla ( Asrama)
- Pusat Kecemerlangan Tarbiyyah (Surau)
- Program Sumur

3. PEMATUHAN KOD TARBIYYAH 
- Garis panduan
- Pencegahan 
- Amar Maaruf Nahi Mungkar

4. TAGLINE DAN IKRAR TARBIYYAH 
- Samer bumi Tarbiyyah.... Di sini lahirnya Ulama' Dan Umara'
- Ikrar Tarbiyyah di Perhimpunan Rasmi

5. TARBIYYAH KOMPREHENSIF
- Tarbiyyah Pentadbiran dan Pengurusan
- Tarbiyyah Kurikulum
- Tarbiyyah Hal Ehwal Murid
- Tarbiyyah Kokurikulum

6. BIMBINGAN BERASASKAN TARBIYYAH
-Guru Tazkiyyah dan Muhasabah (GTM)
-AJK Tazkiyyah dan Muhasabah (ATM)
-Sesi Tazkiyyah dan Muhasabah Individu / Halaqah










IKRAR TARBIYYAH SAMER

Dengan Nama Allah ,
Kami Warga Samer Berikrar ,
Akan Merealisasikan ,
Misi Dan Visi Tarbiyyah Samer ,
Melahirkan Ulama' Dan Umara'
Akan Berpegang Teguh,
Dengan Al Quran Dan As Sunnah ,
Bagi Mencapai Penanda Aras Berikut,

PERTAMA
Memahami Matlamat Tarbiyah,Menjana Keimanan Dan Ketaqwaan

KEDUA
Menyertai Program Tarbiyyah,
Untuk Menuju Kecemerlangan


KETIGA
Mematuhi Kod Tarbiyah ,Sebagai Garis Panduan Pembangunan Insan









TARBIYYAH KOMPREHENSIF DI SAMER

1.PENTADBIRAN

-Menyemaikan dalam hati, fikiran dan tindakan setiap anggota pentadbiran supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek tugasan pentadbiran serta pengurusan sekolah.
-Anggota pentadbiran dan kakitangan sokongan fokus dengan elemen Tarbiyyah iaitu
i. Setiap tugasan yang dilaksanakan adalah kerana ia merupakan perintah Allah.
ii. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala tugasan yang kita lakukan .
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan tugasan.
iv. Melaksanakan tugasan sebagai ibadah dan amal soleh kepada Allah.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan pergaulan dalam proses pentadbiran dan pengurusan.
____________________________________
2. KURIKULUM

-Menyemaikan dalam hati , fikiran dan tindakan setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek PDPC dan pentaksiran.
-Elemen Tarbiyyah Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah tarbiyyah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
- Fokusnya ialah guru juga pelajar mengaitkan setiap PDPC dengan elemen tarbiyyah iaitu ;
i. Setiap ilmu yang disampaikan guru adalah ilmu dari Allah.
ii. Allah Maha Berkuasa dan Pencipta alam ini.
iii. Niat dan keikhlasan menuntut ilmu.
iv. Menjaga adab dengan Allah dan guru.
v. Ilmu melahirkan insan berakhlak mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan pergaulan dalam proses PDPC.
-Elemen tarbiyyah ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. 
-Elemen Tarbiyyah Merentas Kurikulum akan mengukuhkan elemen yang sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni serta Patriotisme.
____________________________________
3. HAL EHWAL MURID

-Menyemaikan dalam hati, fikiran dan tindakan setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek pelaksanaan khidmat Hal Ehwal Murid.

-Fokusnya ialah guru dan murid mengaitkan setiap perkhidmatan dan kepimpinan dengan elemen Tarbiyyah seperti ;
i. Setiap urusan perkhidmatan dan kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru dan murid adalah amanah dari Allah.
ii. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang kita lakukan.
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan perkhidmatan dan tugas kepimpinan.
iv. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar .
v. Kepimpinan wajib berakhlak mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan pergaulan dalam proses melaksanakan perkhidmatan dan tugas kepimpinan.
____________________________________
4. KOKURIKULUM

-Menyemaikan dalam hati , fikiran dan tindakan setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek pelaksanaan aktiviti Kokurikulum.
-Fokusnya ialah memastikan guru dan murid mengaitkan setiap aktiviti Kokurikulum dengan elemen Tarbiyyah seperti ;
i. Setiap ilmu kokurikulum yang disampaikan guru adalah ilmu dari Allah.
ii. Allah Maha Berkuasa dan Pencipta alam ini.
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan dan mengikuti aktiviti Kokurikulum.
iv. Menjaga adab dengan Allah dan guru.
v. Aktiviti Kokurikulum melahirkan insan berakhlak mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan pergaulan dalam aktiviti Kokurikulum.






MAJLIS TARBIYYAH SAMER

MAJLIS TARBIYAH SAMER (MTS) adalah suatu Jawatankuasa Penyelarasan yang telah diwujudkan bagi memantau serta melaksanakan Visi, Misi dan Objektif Tarbiyah Samer .
IA MENYELARASKAN GERAK KERJA 4 badan tarbiyyah iaitu Badan Dakwah & Tarbiyyah ( Badar ) ,Biro Tarbiyyah dan Musolla ( Asrama), Pusat Kecemerlangan Tarbiyyah (Surau) dan Program Sumur.

AHLI PANEL MTS ialah Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum , Semua Guru Badar / Surau /Sumur , Warden Tarbiyah Asrama, , Ketua Guru Disiplin, Guru UBK dan Ketua ketua Panitia KBD.
FUNGSI MAJLIS TARBIYYAH SAMER adalah seperti berikut;
1.Merangka Pelan Induk Tarbiyah Samer (mulai ogos 2006).
2.Mengadakan persidangan mingguan /bulanan /tahunan ahli panel MTS (mulai november 2006).
3.Membuat pemurnian terhadap matlamat dan objektif pelan induk tarbiyah samer (mulai november 2006).
4.Mengadakan taklimat ,penerangan dan dialog kepada guru, kakitangan dan murid berkenaan pelan induk tarbiyah samer (mulai januari 2007).
5.Menguatkuasakan serta membuat penilaian berterusan mengenai keberkesanan pelaksanaan tarbiyyah (mulai januari 2007 ).




PEMATUHAN KOD TARBIYYAH SAMER

Garis Panduan -KTS 01- DASAR TARBIYAH SAMER
KTS 01.1
Pelan Induk Tarbiyah Samer, Majlis Tarbiyah Samer dan Kod Tarbiyah Samer adalah sumber rujukan utama dalam melaksanakan misi dan visi Samer

KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara langsung dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah Samer

KTS 01.3
BADAR (Badan Dakwah & Tarbiyah ) Samer adalah diiktiraf selaku peneraju utama program program tarbiyah untuk staf dan para pelajar .

KTS 01.4
Surau sekolah mestilah dipertingkatkan peranannya sebagai pusat utama kecemerlangan Samer

KTS 01.5
Solat Zohor berjemaah di surau sekolah dijadikan sebagai program utama staf dan pelajar semasa hari persekolahan . Bagi warga kuarters ,solat berjemaah maghrib dan isya’ adalah program rutin.

KTS 01.6
Mewujudkan dan memperbanyakkan program tarbiyah harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk para staf dan pelajar

                                                                                               
Garis Panduan-KTS 02-PELAKSANAAN PROGRAM KHUSUS/KURIKULUM
KTS 02.1
Setiap  program khusus & aktiviti kurikulum (akademik) termasuklah kelas tuisyen yang akan diadakan perlu diselia dan mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 02.2
Guru dan AJK setiap  program khusus & aktiviti kurikulum yang ingin dilaksanakan perlu memastikan bahawa persembahan dan pengendalian majlis adalah menepati kehendak syariat

KTS 02.3
Setiap majlis atau program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan mestilah bebas daripada unsur unsur yang merosakkan aqidah atau menghina Islam

KTS 02.4
Guru dan AJK setiap  program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan perlu memastikan bahawa solat fardhu berjemaah  diutamakan

KTS 02.5
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum perlu memasukkan agenda solat fardhu berjemaah di surau ke dalam tentatif program

KTS 02.6
Sebarang program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan pihak ALUMNI mahupun pihak luar adalah terikat dengan semua etika /garis panduan yang termaktub dalam KTS




Garis Panduan-KTS 03 -PELAKSANAAN AKT. KOKURIKULUM & RIADAH
KTS 03.1
Semua program kokurikulum dan riadah  yang diadakan mestilah mengutamakan pematuhan  kepada waktu dan amalan solat fardhu berjemaah di surau khususnya solat Zohor dan Asar.

KTS 03.2
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan mestilah tidak mengganggu program tarbiyah asrama atau sekolah dan jika berlaku pertembungan waktu maka program tarbiyah perlu diberi keutamaan

KTS 03.3
Semua program kokurikulum dan riadah  yang diadakan selepas solat asar hendaklah ditamatkan sebelum pukul 6.15 petang bagi membolehkan persiapan untuk solat fardhu maghrib .Sekiranya program kokurikulum dan riadah memakan masa yang lama ,ia perlu diadakan pada waktu pagi hari cuti hujung minggu atau waktu malam selepas solat Isya’

KTS 03.4
Jurulatih /pihak luar yang terlibat mengurus dan melatih unit beruniform /persatuan /kelab /sukan perlu mematuhi etika atau garis panduan sepertimana yang termaktub dalam KTS



Garis Panduan-KTS 04 -PELAKSANAAN AKT /TUGAS KHAS/ARAHAN GURU
KTS 04.1
Sebarang  tugas tugas persiapan program /yang diarahkan oleh guru yang melibatkan persiapan di dalam dewan atau di luar dewan di mana melibatkan pelajar lelaki dan perempuan ,kehadiran guru adalah suatu kemestian dengan tujuan mengawal keadaan dan pergaulan bebas serta memelihara dan menepati waktu solat fardhu berjemaah di surau

KTS 04.2
Guru yang mengendalikan gerai pada majlis anjuran sekolah perlu membuat ketetapan bahawa hanya  lelaki /  hanya perempuan sahaja yang boleh menjalankan operasi perniagaan. Operasi perlu ditutup sementara supaya pengendali gerai boleh mendirikan solat fardhu tepat pada waktunya

KTS 04.3
Guru dan pelajar yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas tugas penerbitan majalah /risalah /buletin di mana mana lokasi /bilik bilik khas   perlu memastikan agar tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam proses menyiapkan tugasan serta memelihara dan melaksanakan solat fardu berjemaah tepat pada  waktunya.

KTS 04.4
Sebarang mesyuarat /perjumpaan mingguan / tergempar sama ada melibatkan  pelajar atau guru perlu dilaksanakan selepas mendirikan solat fardhu pada waktunya.

Garis Panduan-KTS 05 -PERGAULAN DAN INTERAKSI

KTS 05.1
Para pelajar dilarang mengadakan sebarang perjumpaan ,latihan atau jamuan bersama antara lelaki dan perempuan tanpa kehadiran dan pengawasan guru yang berkenaan

KTS 05.2
Para pelajar dilarang mengadakan perjumpaan atau mesyuarat antara lelaki dan perempuan di mana mana bilik atau tempat terbuka tanpa kehadiran guru yang berkenaan

KTS 05.3
Para pelajar perempuan dilarang mengadakan persembahan pentas atau demonstrasi seni beladiri di hadapan pelajar lelaki atau guru lelaki kecuali setelah mendapat kebenaran dan nasihat daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 05.4
Guru dan AJK  program khusus/Kem Kepimpinan /Perkhemahan/ aktiviti kurikulum /kokurikulum, perlu mengawal dengan sewajarnya percampuran dan pergaulan antara lelaki dan perempuan DAN mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti Kumpulan (LDK/BDK)

KTS 05.5
Interaksi antara guru dan pelajar ATAU guru sesama guru ATAU staf dengan guru/ pelajar yang bukan mahram perlulah dilaksanakan berdasarkan syariat
Garis Panduan-KTS 06 -BERPAKAIAN & PENAMPILAN

KTS 06.1
Penampilan , tingkahlaku dan pakaian bagi staf dan pelajar mestilah  mencerminkan akhlak yang tinggi dan mulia berasaskan syariat Islam serta bebas dari unsur unsur agama lain atau menghina Islam


KTS 06.2
Pelajar/staf dilarang memakai pakaian sukan yang ketat dan nipis manakala bagi pelajar perempuan pula diwajibkan memakai t-shirt yang labuh hingga paras lutut ,seluar trek yang sesuai serta  memakai setokin apabila bersukan

KTS 06.3
Pakaian seragam bagi pelajar  dalam aktiviti unit beruniform mahupun seni beladiri perlu menepati konsep menutup aurat yang sempurna sepertimana di atas dan perlu diperakui MTS

KTS 06.4
Pemakaian seluar bergetah yang ketat untuk menutup paha dan lutut bagi pelajar lelaki /staf ketika memakai seluar pendek mesti menepati konsep menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh. Seluar pendek yang digunakan juga perlu lebih besar dan labuh sehingga ke bahagian lutut.
Penggunaannya perlu mendapat perakuan daripada MTS

KTS 06.5
Semua tetamu /ibubapa /pihak luar/bekas pelajar (termasuk bukan Islam ) mestilah mematuhi etika /garis panduan yang terkandung dalam KTS

Garis Panduan-KTS 07 –PENGUKUHAN IDENTITI & JATIDIRI

KTS 07.1
Dalam membentuk identiti dan jatidiri ,warga Samer perlu menjadikan Rasulullah, para sahabat ,para ulama’ dan cendekiawan Islam yang teragung sebagai contoh utama ,
perlu mempunyai ilmu agama yang kukuh serta mampu
menguasai ilmu keduniaan yang moden.


KTS 07.2
Warga Samer perlu mewujudkan budaya ilmu dan intelektual yang berpaksikan Tauhid ,perlu berani menghasilkan idea , penulisan ,rekacipta serta berupaya memulakan sesuatu perkara baru demi meningkatkan ketamadunan Islam.


KTS 07.3
Warga Samer perlu melibatkan diri dalam program program tarbiyah yang komprehensif,mengamalkan sikap amar maaruf nahi mungkar dan peka terhadap peranan membantu umat Islam di seluruh dunia mahupun di dalam negara .


KTS 07.4
Warga Samer perlu berniat kerana Allah dan bersungguh  sungguh ,memelihara solat fardhu berjemaah , menutup aurat dengan sempurna , mengawal pergaulan dengan yang bukan
mahram serta mempertahankan adab & akhlak samada di dalam atau di luar sekolah apabila mengikuti /menyertai majlis,sukan ,perkhemahan,pertandingan, lawatan, taklimat , seminar ,khidmat masyarakat , program anak angkat
mahupun kursus demi menjaga maruah dan nama baik Islam ,institusi pendidikan agama, para guru dan ibubapa.

Garis Panduan-KTS 08 –PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL


KTS 08.1
Media sosial yang dimaksudkan dalam kod ini adalah Facebook, Instagram, Twitter,  Telegram, Whatsapp, WeChat, Youtube dan yang seumpama dengannya.

. KTS 08.2
Para pelajar dilarang LIKE, FOLLOW, TAG,  POST , SHARE , TWEET, RETWEET  dan COMMENT di media sosial yang melibatkan akaun atau page  Ajnabi / bukan mahram.


KTS 08.3
 Para pelajar dilarang memuatnaik atau berkongsi di media sosial, sama ada gambar mahupun video yang tidak menutup aurat dengan sempurna atau yang boleh menimbulkan fitnah.


KTS 08.4
Para pelajar dilarang mewujudkan kumpulan/ group bercampur lelaki dan perempuan di media sosial kecuali dengan memasukkan guru sebagai ahli kumpulan.

KTS 08.5
Penggunaan bahasa dan ikon  dalam media sosial perlulah  PATUH syariat dan menjauhkan pelajar dari menghampiri elemen penzinaan serta dosa.

KTS 08.6
 Media sosial perlulah digunakan dengan keimanan serta ketaqwaan dan pelajar perlu sentiasa yakin bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang dilakukan . Segala dosa serta kejahatan pasti akan diazab olehNya di hari Pembalasan nanti.



SEKOLAH BERTERASKAN TARBIYYAH - IDENTITI & JATIDIRI SAMER

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER adalah suatu dokumen yang MEMACU HALATUJU SAMER KE ARAH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

MTS sangat yakin , dengan keizinan dan kuasa Allah , SISTEM PENDIDIKAN BERTERASKAN TARBIYAH adalah formula unggul yang pasti menyerlahkan kecemerlangan dan kehebatan warga sekolah khususnya para guru dan pelajar.

Setiap pentadbir , pendidik dan pelajar mampu melaksanakan serta menghayati PERANAN TARBIYAH DALAM MENYEMPURNAKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM yang menekankan aspek jasmani ,emosi ,rohani ,intelektual dan sosial.

SISTEM PENTARBIYAHAN SISTEMATIK mampu membangunkan dan mengembangkan potensi warga Samer sehingga melahirkan modal insan yang menjadikan dunia sebagai jambatan untuk hari akhirat.

KEUTAMAAN TARBIYAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN , secara mudahnya dapat diumpamakan seperti berikut , pertamanya umpama ‘operating system’di dalam komputer ,kedua,
umpama enjin yang menggerakkan kereta ,ketiga, umpama neuron di  dalam tubuh manusia dan keempat ,umpama tiang konkrit yang menjadi asas tertegaknya sebuah rumah.

Kesimpulannya ,SAMER DAN WARGANYA MAMPU MENJADI YANG TERBAIK di dalam daerah Gombak , di negeri Selangor ,di Malaysia dan terbaik di dunia kerana mempunyai identiti dan jatidiri yang jelas serta jitu iaitu …….TARBIYAH - TERAS KECEMERLANGAN & KEHEBATAN.






AMALAN TARBIYYAH TERBAIK KE ARAH MEREALISASIKAN KEMENJADIAN MURID SAMER DUNIA & AKHIRAT

AMALAN TARBIYYAH TERBAIK – WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Bacaan dan Terjemahan Al Quran
.....7.00 - 7.25 pagi
.....Selasa- Khamis
.....Dataran Dewan
2. Bacaan Yasin /Usrah
.....
7.00 - 7.50 pagi
.....Jumaat
.....Surau

3. Solat Zohor berjemaah dan Tazkirah Zohor
......2.00 petang
......Isnin - Khamis
......Surau

4. Doa Pagi , Doa Dhuha, Doa PDPC, Doa Balik.
......7.25 pagi , 10.30 pagi , setiap pertukaran guru , 1.55 petang
......Isnin- Jumaat
......Bilik Radio , Kelas, Dataran

5. Solat Sunat Dhuha
......Isnin - Jumaat
......
10.00 /10.30 pagi
......Surau

6. Solat Asar berjemaah
......Selepas Kokurikulum
......Selepas Kelas Tambahan
......Selepas Latihan

7. Ikrar Tarbiyyah
......Isnin @Perhimpunan Rasmi
......7.30 pagi
......Dewan /Dataran

8. Pematuhan Kod Tarbiyyah
…….kefahaman & penghayatan
……Kepimpinan Tarbiyyah ……..Pengurusan Tarbiyyah …….Kempen Sepanjang Tahun
9. Bimbingan berasaskan tarbiyyah
……..individu & halaqah
……..sepanjang tahun



AMALAN TARBIYYAH TERBAIK – DI ASRAMA

1. Solat fardhu berjemaah 5 waktu
.......Setiap hari
.......Surau
2. Bacaan Ma'thurat
.......Selepas Subuh (Sabtu, Ahad)
.......Selepas Asar (Setiap hari)
3. Usrah Mingguan
.......Rabu.......
7.50 - 8.40 malam
.......Pembentuk fikrah & ukhwah

4. Kuliah Maghrib & Talaqqi Kitab
……Adab
……Fiqh
.......Selasa dan Jumaat
5. Qiamullail & Kuliah Subuh
……Tazkiyyah
.......Sabtu & Ahad

6. Bacaan Al Quran / Al Kahfi / Yasin
……..Tadabbur
.......Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad
………Selepas Maghrib

7. Solat Hajat
.......Selepas Maghrib
.......Setiap hari

8. Pro-Tahfiz
…….Hafazan
.......5 hari seminggu
.......6.30 hingga Maghrib

9. Bacaan Surah Al Mulk
.......Setiap hari
.......11.25 malam
.......Asrama

10. Daie Muda
……..Latihan Dakwah
……..Bulan Penghayatan Islam




11. Pematuhan Kod Tarbiyyah & KPI Tarbiyyah
…….kefahaman & penghayatan
……Kepimpinan Tarbiyyah ……..Pengurusan Tarbiyyah
12. Bimbingan berasaskan tarbiyyah
……..individu & halaqah
……..sepanjang tahun




SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH

BIL
BIDANG KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH

SUB- BIDANG
Tandakan
( / )
1
FPK + FPI adalah selari dengan konsep Sekolah Berteraskan Tarbiyyah.
Memberi kefahaman serta penghayatan KEPADA warga sekolah tentang kaitan antara FPK + FPI dengan konsep Sekolah Berteraskan Tarbiyyah.


2
Etos Tarbiyyah
Maksud dijelaskan kepada warga sekolah

Unsur- unsur Etos wujud

Ciri-ciri Etos wujud


3
Definisi Tarbiyyah
Memberi kefahaman serta penghayatan kepada warga sekolah tentang definisi Tarbiyyah.


4
Visi, Misi ,Objektif Tarbiyyah
Visi wujud dan dijelaskan kepada warga sekolah.

Misi wujud dan dijelaskan

Objektif wujud dan dijelaskan


5
KPI Tarbiyyah
Dasar Tarbiyyah wujud

Majlis Tarbiyyah  wujud

Kod Tarbiyyah wujud

Tagline & Ikrar wujud

Tarbiyyah Komprehensif wujud

BImbingan berasaskan Tarbiyyah wujud


6
Ikrar Tarbiyyah
-Wujud dan ada slot khas


7
Tarbiyyah Komprehensif
Pentadbiran berteraskan tarbiyyah wujud

Kurikulum berteraskan tarbiyyah wujud

Hal Ehwal Murid berteraskan tarbiyyah wujud

Kokurikulum berteraskan tarbiyyah wujud


8
Majlis Tarbiyyah
-Wujud dan berfungsi


9
Pematuhan Kod Tarbiyyah
KTS 01 – Dasar Tarbiyyah

KTS 02 – Program Khusus / Kurikulum

KTS 03 – Akitiviti Kokurikulum

KTS 04 – Aktiviti / Tugas Khas / Arahan Guru

KTS 05 – Pergaulan dan Interaksi

KTS 06 – Berpakaian dan Penampilan

KTS 07 – Identiti dan Jatidiri

KTS 08 – Penggunaan Media Sosial


10
Amalan Tarbiyyah Terbaik di Sekolah
Bacaan dan terjemahan Al Quran

Bacaan Yasin /Usrah

Solat Zohor berjemaah dan tazkirah zohor

Doa pagi / balik ,Doa PDPC ,Doa Dhuha

Solat sunat Dhuha

Solat Asar berjemaah

Ikrar Tarbiyyah

Pematuhan Kod Tarbiyyah

Bimbingan berasaskan Tarbiyyah


11
Amalan Tarbiyyah Terbaik di Asrama
Solat  fardhu berjemaah 5 waktu di surau

Bacaan Ma’thurat

Usrah

Kuliah Maghrib dan Talaqqi Kitab

Qiamullail dan kuliah subuh

Bacaan Al Quran / Al Kahfi / Yasin

Solat Hajat

Pro-Tahfiz

Bacaan Al Mulk

Daie Muda

Pematuhan Kod dan KPI Tarbiyyah

Bimbingan berasaskan Tarbiyyah


12
Sebaran Maklumat Pelajar
Program penerangan lisan / bahan bercetak /  kempen kepada pelajar.


13
Sebaran Maklumat Guru dan kakitangan

Mengadakan LADAP kepada Guru dan kakitangan


14
Mercu tanda Tarbiyyah

Mewujudkan Laman Tarbiyyah / Gerbang Tarbiyyah / Sudut Tarbiyyah / Papan tanda / poster Tarbiyyah / Blog Tarbiyyah.


15
Mengukur keberkesanan Tarbiyyah.

Mengadakan kajian tindakan berkaitan Tarbiyyah.



ULASAN PEMANTAUAN :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

TANDATANGAN PEMANTAU

…………………………………………………...
(                                                                    )

Tarikh :

UNIT PELAKSANAAN TARBIYYAH SAMER





KTS 01.1
Pelan Induk Tarbiyah Samer, Majlis Tarbiyah Samer dan Kod Tarbiyah Samer adalah sumber rujukan utama dalam melaksanakan misi dan visi Samer.”

KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara langsung dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah Samer.”

KTS 01.6
Mewujudkan dan memperbanyakkan program tarbiyah harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk para staf dan pelajar.”


TARBIYYAH KOMPREHENSIF

- Tarbiyyah Pentadbiran dan Pengurusan
- Tarbiyyah Kurikulum
- Tarbiyyah Hal Ehwal Murid
- Tarbiyyah Kokurikulum





KTS 01.3
BADAR (Badan Dakwah & Tarbiyah ) Samer adalah diiktiraf selaku peneraju utama program program tarbiyah untuk staf dan para pelajar .”

FUNGSI BADAR

1.  Badan Dakwah dan Tarbiyyah (BADAR)  adalah sebagai suatu wahana untuk menyeru warga sekolah mentauhidkan Allah berpandukan serta beragendakan panduan amar maaruf dan nahi mungkar.

2.  Memastikan kewajipan amar maaruf nahi mungkar akan berjalan dengan lancar, teratur, tersusun ,mengikut perancangan ,berfasa, beragenda, dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan.

3.  Memantapkan serta mengangkat martabat dakwah dan tarbiyyah di sekolah.






KTS 01.4
Surau sekolah mestilah dipertingkatkan peranannya sebagai pusat utama kecemerlangan Samer. ”

 KTS 01.5
Solat Zohor berjemaah di surau sekolah dijadikan sebagai program utama staf dan pelajar semasa hari persekolahan . Bagi warga kuarters ,solat berjemaah maghrib dan isya’ adalah program rutin. “

MUQADDIMAH
          Jawatankuasa Pembangunan dan Kecemerlangan Darul Muttaqin adalah suatu entiti yang signifikan dalam usaha memartabatkan peranan Surau Darul Muttaqin sebagai pusat utama kecemerlangan Samer.

          Institusi pendidikan pada hari ini sama ada peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi  semestinya  memperlihatkan usaha yang padu dan jitu dalam mengangkat peranan masjid serta surau sebagai teras mahupun penentu kejayaan dunia dan akhirat .

          Selaras dengan Dasar Tarbiyah Samer  yang memperlihatkan komitmen bersungguh sungguh dan bersepadu pihak pentadbir menjadikan  tarbiyah sebagai teras kecemerlangan , penubuhan JPKDM merupakan medium terpenting ke arah mencapai matlamat tersebut yang terkandung di dalam Pelan Induk Tarbiyah Samer .

FUNGSI
    1..Mentadbir Surau Darul Muttaqin secara kolektif dan tersusun.
    2.Menerajui usaha mengumpul dan menguruskan dana pembangunan  surau dengan    cekap dan berkesan .
   3..Merancang dan mengusahakan projek pembangunan fizikal dan prasarana surau .
 4.Menjana usaha mempelbagaikan peranan surau sebagai pusat kecemerlangan termasuklah menjadi pusat pelaksanaan PDPC , perpustakaan dan pusat akses Internet.




KPI
ASRAMA
FOKUS
SASARAN
PROGRAM
(5S)
PEMANTAU
PENGURUS


KESEMPURNAAN
TARBIYYAH

-Aqidah , Ibadah, Akhlak, Adab , Kod Tarbiyyah Samer , Bersih Jiwa / Diri /Sekeliling .

MKPA, Pro-Tahfiz,
Semua Pelajar Asrama.


SENTUHAN NURANI
Ketua Warden YDP ,TYDP
Setiausaha

Warden Biro / Exco
Tarbiyyah Musolla &
Exco
Kebersihan
Keceriaan


VISI ASRAMA SAMER
Menjadi Asrama  Harian Terbaik Dan Terunggul Dalam Kalangan SABK Di Negeri Selangor juga di Malaysia.

MISI ASRAMA SAMER
Melahirkan Pelajar Asrama Yang Soleh , Harmonis Dan Seimbang Dari Segi Rohani, Intelek, Emosi Dan Jasmani Secara Tersusun Dan Sistematik.

OBJEKTIF ASRAMA SAMER
-Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti Serta Terbaik Kepada Pelajar Asrama.

-Memastikan 100 % Penglibatan Pelajar Dalam Program Tarbiyyah, Akademik Dan Kokurikulum Secara Harian, Mingguan, Bulanan Dan Tahunan Demi Memastikan Kemenjadian Pelajar Dapat Direalisasikan.

-Mewujudkan Instrumen Penilaian Dan Dokumentasi Rasmi Bagi Mengukur Pencapaian ,Perkembangan Serta Prestasi Para Pelajar Dan Jawatankuasa Pengurusan Asrama.

-Menarik Penglibatan Dan Tanggungjawab  Bersama  Semua Guru Untuk Terlibat Dalam Proses Menghasilkan Kemenjadian Pelajar Asrama.


Program SUMUR
Program SUMUR mengandungi empat modul iaitu Modul Budi Bahasa, Modul Mutadayyin, Modul Penampilan Diri dan Modul Jati Diri.

I. BUDI BAHASA

Modul Budi Bahasa berfokuskan kepada pembentukan akhlak murid dengan menerapkan nilai. Antara ciri-ciri budi bahasa yang hendak dibina ialah sikap hormat menghormati, tolong menolong, menghargai pemberian orang lain atau mengenang budi dan menggunakan laras bahasa yang sesuai apabila berhubung sesama manusia . Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah mengadakan kempen 5S (senyum, salam, sapa dan sayang), membuat banner, banting atau pamplet maksud hadith atau kata-kata motivasi seperti “Guruku ibubapaku” atau “Kami sayang guru” .

II. MUTADAYYIN

Modul Mutadayyin merujuk kepada perbuatan dan amalan harian murid terhadap perkaraperkara berkaitan dengan rukun Islam, konsep ibadah serta Islam sebagai satu cara hidup. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang menjaga kesempurnaan amalan ibadat dalam kehidupan mereka . Antara ciri-ciri program mutadayyin yang dihasratkan dalam program ini seperti aspek solat berkualiti, tadarus al-Quran dan amalan zikir serta doa berterusan.

III. MODUL PENAMPILAN DIRI

Program penampilan diri merujuk kepada penampilan diri yang bertepatan dengan syarak. Ianya merangkumi aspek pemakaian, adab sopan, kepemimpinan dan sikap positif dan proaktif. Aspek pemakaian dinilai dari elemen kekemasan, menutup aurat, bersih dan kesesuaian mengikut suasana, tempat dan majlis. Aspek adab dilihat dari elemen adab bercakap, menuntut ilmu dan pergaulan. Aspek kepimpinan dinilai dari elemen bijak membuat keputusan dan kebolehan berkomunikasi dengan baik, manakala aspek sikap positif dan proaktif dinilai dari elemen aktif di dalam dan luar kelas serta kecenderungan membantu orang lain. Menurut Al-Ghazali , sikap positif dan proaktif lahir dari perasaan seseorang yang mempunyai kesedaran bahawa setiap apa yang dipertanggungjawabkan itu akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak.

IV. MODUL JATI DIRI

Modul Jati Diri bermatlamat melahirkan murid yang mengenali diri sendiri, mengetahui tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan memiliki semangat juang yang tinggi serta mempunyai akhlak terpuji . Melalui program jati diri para murid akan memiliki sikap yakin diri, sabar dan tabah, tetap pendirian dan semangat juang.







Tiada ulasan: