Selasa, 30 November 2010

HURAIAN KOD TARBIYAH SAMER (KTS) – PERGAULAN BEBAS /PENCEGAHAN ZINA

TINDAKAN MENCEGAH KEMUNGKARAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU/PELAJAR /STAF

Jauhkan diri daripada individu yang ingin bergaul bebas @ melakukan perbuatan menghampiri zina

 

ATAU

Menegur /melarang melalui LISAN jika mampu

 

ATAU

 Memberi nama pelajar yang terlibat

dalam aktiviti pergaulan bebas /menghampiri zina melalui panggilan telefon/sms

kepada :

013-6910522 (Hotline KTS)

 

ATAU

Melaporkan melalui

Facebook /email/twitter

kepada hidirsamer@yahoo.com

 

ATAU

Melaporkan kepada

Guru Badar /MTS

melalui borang MTS ‘A’


HURAIAN KOD TARBIYAH SAMER (KTS) – PERGAULAN BEBAS /PENCEGAHAN ZINA

PERLAKUAN DI SAMER YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERGAULAN BEBAS /MENGHAMPIRI ZINA

Ia boleh terjadi apabila dilakukan sama ada secara tertutup atau terbuka /secara tersembunyi atau di khalayak ramai secara berdua /lebih  seperti berikut :

-memanggil pelajar berlainan jantina tanpa sebab yang kukuh dan sebab kecemasan.

 -berbual dengan pelajar berlainan jantina tanpa sebab yang kukuh dan sebab kecemasan .

 -pelajar berlainan jantina mengadakan perjumpaan /perbincangan /jamuan /kerja /tugasan/aktiviti perniagaan /sukan /LDK /Lawatan/ latihan /kelas tambahan tanpa kehadiran guru dari mula hingga selesai.

 -mengganggu /mengejek pelajar berlainan jantina.

 -menyampaikan mesej/maklumat secara bertulis .@ elektronik kepada berlainan jantina. 

HURAIAN KOD TARBIYAH SAMER (KTS) – PERGAULAN BEBAS /PENCEGAHAN ZINA

WAKTU/MASA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS DI SAMER

Pergaulan bebas dalam kalangan pelajar boleh atau biasa berlaku pada waktu :

 

-sebelum waktu subuh

 

-selepas waktu subuh

 

-waktu persekolahan

 

-selepas waktu Zohor,Asar,Maghrib dan Isya’

 

-selepas 12.00 tengah malam.


HURAIAN KOD TARBIYAH SAMER (KTS) – PERGAULAN BEBAS /PENCEGAHAN ZINA

SITUASI YANG MENGGALAKKAN PERGAULAN BEBAS DI SAMER

Pergaulan bebas dalam kalangan pelajar boleh atau biasa berlaku apabila :

 -ada guru atau tiada guru di dalam kelas .

 -aktiviti kokurikulum sedang dilaksanakan.

 -mengadakan jamuan 

 -melaksanakan urusniaga.

 -perbincangan/mesyuarat

 -semasa perbincangan program /aktiviti.

 -aktiviti kelas persediaan/prep. Asrama

 -pelajar berada di dalam kelas semasa proses P&P.

HURAIAN KOD TARBIYAH SAMER (KTS) – PERGAULAN BEBAS /PENCEGAHAN ZINA

LOKASI / ‘HOTSPOT’ PERGAULAN BEBAS DI SAMER

Pergaulan bebas dalam kalangan pelajar boleh atau biasa berlaku sama ada :

-di dalam , luar atau persekitaran dewan Umar Abdul Aziz.

 -di dalam, di luar , di belakang ,di tangga dan persekitaran   kelas / bilik khas / tandas  -Blok A ,Blok B ,Blok Pusat Sumber.

 -di dalam atau luar  atau persekitaran surau , di tangga surau dan di tandas surau.

 -Kantin dan persekitarannya.

 -di dalam dewan makan asrama mahupun di persekitaran dewan makan.

 -kawasan persekitaran asrama.

 -tangga dari kantin ke surau /dari dewan ke blok A / dari blok A ke Blok B /tangga bukit–pagar .

& padang/gelanggang sukan

PENGUKUHAN IDENTITI & JATIDIRI

KTS 07.1

Dalam membentuk identiti dan jatidiri ,warga Samer perlu menjadikan Rasulullah, para sahabat ,para ulama’ dan cendekiawan Islam yang teragung sebagai contoh utama ,perlu mempunyai ilmu agama yang kukuh serta mampu menguasai ilmu keduniaan yang moden.


KTS 07.2

Warga Samer perlu mewujudkan budaya ilmu dan intelektual yang berpaksikan Tauhid ,perlu berani menghasilkan idea , penulisan ,rekacipta serta berupaya memulakan sesuatu perkara baru demi meningkatkan ketamadunan Islam


KTS 07.3

Warga Samer perlu melibatkan diri dalam program program tarbiyah yang komprehensif,mengamalkan sikap amar maaruf nahi mungkar dan peka terhadap peranan membantu umat Islam di seluruh dunia mahupun di dalam negara .


KTS 07.4

Warga Samer perlu berniat kerana Allah dan bersungguh-sungguh ,memelihara solat fardhu berjemaah , menutup aurat dengan sempurna , mengawal pergaulan dengan yang bukan mahram serta mempertahankan adab & akhlak samada di dalam atau di luar sekolah apabila mengikuti /menyertai majlis, sukan ,perkhemahan,pertandingan, lawatan, taklimat , seminar ,khidmat masyarakat , program anak angkat mahupun kursus demi menjaga maruah dan nama baik Islam ,institusi pendidikan agama, para guru dan ibubapa.

Selasa, 18 Disember 2007

IDENTITI

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER [2006-2020]
……IDENTITI & JATIDIRI SEK.AGAMA MEN.RAWANG

PELAN INDUK TARBIYAH SAMER adalah suatu dokumen yang memacu halatuju SAM Rawang ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Kami sangat yakin ,dengan keizinan dan kuasa Allah , sistem pendidikan berteraskan Tarbiyah adalah formula unggul yang pasti menyerlahkan kecemerlangan dan kehebatan warga sekolah khususnya para guru dan pelajar.

Setiap pentadbir ,pendidik dan pelajar mampu melaksanakan serta menghayati peranan Tarbiyah dalam menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek jasmani ,fizikal ,rohani ,emosi dan sosial.

Sistem pentarbiyahan sistematik mampu membangunkan dan mengembangkan potensi warga SAMER sehingga melahirkan modal insan yang menjadikan dunia sebagai jambatan untuk hari akhirat.

Keutamaan Tarbiyah dalam sistem pendidikan, secara mudahnya dapat digambarkan seperti berikut, pertama, umpama ‘operating system’ di dalam komputer, kedua ,umpama enjin yang menggerakkan kereta ,ketiga ,umpama neuron di dalam tubuh manusia dan keempat, umpama tiang konkrit yang menjadi asas kukuh sebuah bangunan.

Kesimpulannya ,Samer dan warganya mampu menjadi yang terbaik di dalam Daerah Gombak , Selangor, Malaysia dan terbaik di dunia kerana mempunyai identiti dan jatidiri yang jelas serta jitu iaitu……. Tarbiyah-Teras Kecemerlangan & Kehebatan .

BIDANG TUGAS

BIDANG TUGAS
AHLI PANEL MAJLIS TARBIYAH SAMER



1
Mengadakan Persidangan Bulanan


2
Penerangan, Taklimat , Dialog, Bengkel


3
Membuat Pemantauan Berterusan


- Mengumpul maklumat mengenai pematuhan atau perlanggaran terhadap Kod Tarbiyah Samer serta penyelesaiannya.
-Membincangkan tahap kefahaman warga Samer terhadap Pelan Induk Tarbiyah Samer serta penyelesaiannya
-Membuat penambahbaikan terhadap Pelan Induk Tarbiyah Samer serta menilai keberkesanan pelaksanaan Kod Tarbiyah Samer
- Menganjurkan sesi penerangan /taklimat /dialog /bengkel mengenai Pelan Induk Tarbiyah Samer kepada semua guru ,staf ,BKP,MKP,PRS dan semua pelajar

Borang MTS ‘A’
-mengumpul laporan /aduan terhadap perlanggaran Kod Tarbiyah Samer

Borang MTS ‘B’
--mengumpul maklumbalas dan cadangan penambahbaikan terhadap Kod Tarbiyah Samer

Borang
MTS ‘C’ 
-Suatu notis yang menyatakan perlanggaran terhadap KTS

Jumaat, 14 Disember 2007

KTS 06

Garis Panduan -KTS 06
BERPAKAIAN & PENAMPILAN

KTS 06.1
Penampilan , tingkahlaku dan Pakaian bagi staf dan pelajar mestilah mencerminkan akhlak yang tinggi dan mulia berasaskan syariat Islam serta bebas dari unsur unsur agama lain atau menghina Islam

KTS 06.2
Pelajar/staf dilarang memakai pakaian sukan yang ketat dan nipis manakala bagi pelajar perempuan pula diwajibkan memakai t-shirt yang labuh hingga paras lutut ,seluar trek yang sesuai serta memakai setokin apabila bersukan

KTS 06.3
Pakaian seragam bagi pelajar dalam aktiviti unit beruniform mahupun seni beladiri perlu menepati konsep menutup aurat yang sempurna sepertimana di atas dan perlu diperakui MTS

KTS 06.4
Pemakaian seluar bergetah yang ketat untuk menutup paha dan lutut bagi pelajar lelaki /staf ketika memakai seluar pendek mesti menepati konsep menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh. Seluar pendek yang digunakan juga perlu lebih besar dan labuh sehingga ke bahagian lutut.
Penggunaannya perlu mendapat perakuan daripada MTS

KTS 06.5
Semua tetamu /ibubapa /pihak luar/bekas pelajar (termasuk bukan Islam ) mestilah mematuhi etika /garis panduan yang terkandung dalam KTS

KTS 05

Garis Panduan -KTS 05
PERGAULAN & INTERAKSI

KTS 05.1
Para pelajar dilarang mengadakan sebarang perjumpaan ,latihan atau jamuan bersama antara lelaki dan perempuan tanpa kehadiran dan pengawasan guru yang berkenaan

KTS 05.2
Para pelajar dilarang mengadakan perjumpaan atau mesyuarat antara lelaki dan perempuan di mana mana bilik atau tempat terbuka tanpa kehadiran guru yang berkenaan

KTS 05.3
Para pelajar perempuan dilarang mengadakan persembahan pentas atau demonstrasi seni beladiri di hadapan pelajar lelaki atau guru lelaki kecuali setelah mendapat kebenaran dan nasihat daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 05.4
Guru dan AJK program khusus/Kem Kepimpinan /Perkhemahan/ aktiviti kurikulum /kokurikulum, perlu mengawal dengan sewajarnya percampuran dan pergaulan antara lelaki dan perempuan DAN mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti Kumpulan (LDK/BDK)

KTS 05.5
Interaksi antara guru dan pelajar ATAU guru sesama guru ATAU staf dengan guru/ pelajar yang bukan mahram perlulah dilaksanakan berdasarkan syariat

KTS 04

Garis Panduan -KTS 04
AKTIVITI /TUGASAN KHAS ARAHAN GURU

KTS 04.1
Sebarang tugas tugas persiapan program /yang diarahkan oleh guru yang melibatkan persiapan di dalam dewan atau di luar dewan di mana melibatkan pelajar lelaki dan perempuan ,kehadiran guru adalah suatu kemestian dengan tujuan mengawal keadaan dan pergaulan bebas serta memelihara dan menepati waktu solat fardhu berjemaah di surau

KTS 04.2
Guru yang mengendalikan gerai pada majlis anjuran sekolah perlu membuat ketetapan bahawa hanya lelaki / hanya perempuan sahaja yang boleh menjalankan operasi perniagaan. Operasi perlu ditutup sementara supaya pengendali gerai boleh mendirikan solat fardhu tepat pada waktunya

KTS 04.3
Guru dan pelajar yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas tugas penerbitan majalah /risalah /buletin di mana mana lokasi /bilik bilik khas perlu memastikan agar tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam proses menyiapkan tugasan serta memelihara dan melaksanakan solat fardu berjemaah tepat pada waktunya.

KTS 04.4
Sebarang mesyuarat /perjumpaan mingguan / tergempar sama ada melibatkan pelajar atau guru perlu dilaksanakan selepas mendirikan solat fardhu pada waktunya.

KTS 03

Garis Panduan -KTS 03
AKTIVITI KOKURIKULUM & RIADAH

KTS 03.1
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan mestilah mengutamakan pematuhan kepada waktu dan amalan solat fardhu berjemaah di surau khususnya solat Zohor dan Asar.

KTS 03.2
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan mestilah tidak mengganggu program tarbiyah asrama atau sekolah dan jika berlaku pertembungan waktu maka program tarbiyah perlu diberi keutamaan

KTS 03.3
Semua program kokurikulum dan riadah yang diadakan selepas solat asar hendaklah ditamatkan sebelum pukul 6.15 petang bagi membolehkan persiapan untuk solat fardhu maghrib .Sekiranya program kokurikulum dan riadah memakan masa yang lama ,ia perlu diadakan pada waktu pagi hari cuti hujung minggu atau waktu malam selepas solat Isya’

KTS 03.4
Jurulatih /pihak luar yang terlibat mengurus dan melatih unit beruniform /persatuan /kelab /sukan perlu mematuhi etika atau garis panduan sepertimana yang termaktub dalam KTS

KTS 02

Garis Panduan -KTS 02
PROGRAM KHUSUS & AKTIVITI KURIKULUM

KTS 02.1
Setiap program khusus & aktiviti kurikulum (akademik) termasuklah kelas tuisyen yang akan diadakan perlu diselia dan mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Majlis Tarbiyah Samer

KTS 02.2
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum yang ingin dilaksanakan perlu memastikan bahawa persembahan dan pengendalian majlis adalah menepati kehendak syariat

KTS 02.3
Setiap majlis atau program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan mestilah bebas daripada unsur unsur yang merosakkan aqidah atau menghina Islam

KTS 02.4
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan perlu memastikan bahawa solat fardhu berjemaah diutamakan

KTS 02.5
Guru dan AJK setiap program khusus & aktiviti kurikulum perlu memasukkan agenda solat fardhu berjemaah di surau ke dalam tentatif program

KTS 02.6
Sebarang program khusus & aktiviti kurikulum yang diadakan pihak ALUMNI mahupun pihak luar adalah terikat dengan semua etika /garis panduan yang termaktub dalam KTS

KTS 01

Garis Panduan -KTS 01
DASAR TARBIYAH SAMER

KTS 01.1
Pelan Induk Tarbiyah Samer, Majlis Tarbiyah Samer dan Kod Tarbiyah Samer adalah sumber rujukan utama dalam melaksanakan misi dan visi Samer

KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara langsung dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah Samer

KTS 01.3
BADAR (Badan Dakwah & Tarbiyah ) Samer adalah diiktiraf selaku peneraju utama program program tarbiyah untuk staf dan para pelajar .

KTS 01.4
Surau sekolah mestilah dipertingkatkan peranannya sebagai pusat utama kecemerlangan Samer

KTS 01.5
Solat Zohor berjemaah di surau sekolah dijadikan sebagai program utama staf dan pelajar semasa hari persekolahan . Bagi warga kuarters ,solat berjemaah maghrib dan isya’ adalah program rutin.

KTS 01.6
Mewujudkan dan memperbanyakkan program tarbiyah harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk para staf dan pelajar

KTS

KOD TARBIYAH SAMER

KOD 1 – KTS O1
Dasar Tarbiyah Samer


KOD 2 – KTS O2
Etika /Garis panduan pelaksanaan program khusus & aktiviti kurikulum (akademik)


KOD 3 – KTS O3
Etika / Garis panduan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan riadah


KOD 4 – KTS O4
Etika /Garis panduan pelaksanaan aktiviti dan tugas tugas khas / arahan guru


KOD 5 – KTS O5
Etika/Garis panduan mengenai pergaulan dan interaksi


KOD 6 – KTS 06
Etika /garis panduan berpakaian dan penampilan

KOD 7 - KTS 07
Pengukuhan Identiti dan Jatidiri